Skip to main content

Bola Sepak

Mentaliti kemenangan mampu bantu Inter musim ini -- Spalletti

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

25917spalletti.jpg
Luciano Spalletti berasakan Inter perlu menanamkan "mentaliti kemenangan" jika mahu mengekalkan prestasi cemerlang mereka selepas jaringan tunggal perlawanan dihasilkan oleh Danilo D'Ambrosio untuk meraih kemenangan 1-0 ke atas Genoa.

Inter gagal memberikan persembahan terbaik dalam aksi yang berlangsung di San Siro itu tetapi D'Ambrosio akhirnya menemui jalan untuk menembusi pertahanan Genoa tiga minit sebelum perlawanan tamat bagi melakar kemenangan, untuk kekal mengekori pendahulu Serie A, Napoli dan Juventus, dengan perbezaan dua mata.

Di sebalik kemenangan itu, Spalletti berasakan pasukannya mahu melakar kemenangan walaupun mempamerkan aksi yang kurang memberangsangkan.

"Kami harus mempamerkan mentaliti untuk meraih kemenangan untuk berdepan mana-mana pasukan," katanya.

"Saya menjangkakan aksi yang lebih mantap daripada setiap pemain untuk mengekalkan prestasi kami.

"Dalam perlawanan ini, gerakan kami agak longlai sepanjang perlawanan. Kami akan cuba untuk mengubahnya dalam aksi akan datang," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video