Mengenang tragedi tsunami 2004: Anak angkat Cristiano Ronaldo di Indonesia diangkat sebagai duta
Shaiful Shamsudin
Disember 25, 2024 14:28 MYT
Disember 25, 2024 14:28 MYT
Anak angkat Cristiano Ronaldo yang berasal Indonesia, Martunis Ronaldo, diangkat sebagai Duta Kemanusiaan Global bagi pelantar digital, Disaster and Climate Technology Hub di UIN Ar-Raniry, Aceh.
Kisah Martunis, 27, yang terselamat daripada kejadian tsunami pada 2004 mendapat perhatian dunia termasuk bintang Portugal itu yang juga membiayai pengajiannya.
Martunis terselamat selepas hanyut 21 di tengah lautan dengan berpautan sofa.
Dia kemudian ditemui dalam keadaan lemah oleh sekumpulan wartawan dengan yang memakai jersi kebangsan Portugal yang tertera nama Ronaldo.
Martunis pernah mengasah bakat di Akademi Sporting Lisbon tetapi memutuskan untuk bersara awal berikutan keceraan.