Skip to main content

Bola Sepak

Mengapa kapten Son Heung Min bakal dirindui?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

son-heung-min.jpg
Selepas 10 tahun bersama kelab kesayangannya Tottenham Hotspur, Son telah mengumumkan keputusan meninggalkan kelab itu secara rasmi dalam sidang media yang berlangsung di Seoul sebelum perlawanan persahabatan menentang Newcastle United. 


Son dipercayai telah mencapai persetujuan lisan untuk menyertai Los Angeles FC dan bakal menjadi salah seorang pemain yang bergaji tinggi di saingan bola sepak tersebut, Major League Soccer. 



Son kini berusia 33 tahun -- dianggap telah melalui tahap kemuncak, namun apa yang pasti kehadirannya di Liga Perdana Inggeris akan dirindui. Pemerhatian sepanjang mengikuti saingan ini menyaksikan kehadiran Son amat disenangi baik rakan sepasukan, pengurusan juga media. 



Hubungan baik dengan rakan sepasukan amat teserlah, dia dikenali sebagai pemain yang mesra, positif dan sangat dihormati lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan situasi dalam bilik persalinan. Dari sudut komersial pula, Son dilihat membawa nama Tottenham ke pasaran Asia, terutamanya Korea Selatan. 



Terbukti, pengorbanan Son selama ini bermula dengan perjalanan karier awalnya, berpindah ke Jerman pada usia muda di akademi Hamburger SV, sebelum berpindah ke Bayer Leverkusen pada 2013 dan seterusnya mula mendapat perhatian ramai dengan prestasi memberansangkan di Bundesliga. 



Apapun, terima kasih oppa Son! Dengan antara pencapaian terbaik menjadi pemain Asia pertama menjaringkan 100 gol dalam Liga Perdana Inggeris, seringkali dinobat sebagai Pemain Terbaik Tahunan. Pernah memenangi Kasut Emas EPL musim 2021/22 bersama Mohamed Salah, dan tentunya mewakili Korea Selatan dalam beberapa edisi Piala Dunia, dan Sukan Asia. 



See you in LA!

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video