Skip to main content

Bola Sepak

Menang lawan ASEAN All-Stars, peluang terakhir Ruben Amorim rangkul piala

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

untitled-design-(3).png
'Kami tidak akan mengambil perlawanan dengan sambil lewa dan menganggap ia mudah'

Itu amaran ketua jurulatih Manchester United, Ruben Amorim, yang menegaskan pasukannya tetap akan menurunkan kekuatan penuh dan bermain seperti kebiasaan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini. 

Berdepan bintang terbaik Asia Tenggara, The Red Devils berwaspada ancaman anak buah Kim Sang-sik di hadapan ribuan peminat serantau di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam ini. 

 

Aksi menentang ASEAN All-Star bakal menjadi penentu dan nasib Manchester United untuk meraih kejuaraan Maybank Challenge Cup selepas hampa menamatkan saingan liga di tempat ke-15, tersingikir dalam Piala FA Inggeris dan gagal menjuarai Liga Europa (UEL). 

Adakah ia akan menjadi piala pertama Amorim? 

Sementara itu, jurulatih Vietnam itu juga memasang impian menewaskan kelab terkemuka England itu dengan menggunakan ramuan tersendiri. 

Sepak mula akan berlangsung pada pukul 9.00 malam ini. 
 

Advertisement

Must Watch Video