Skip to main content

Bola Sepak

Memang ada kebarangkalian Manchester City sambar Cristiano Ronaldo -- Fernandinho

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ronaldo.jpg
Manchester City memiliki peluang besar untuk menandatangani Cristiano Ronaldo sebelum dia memutuskan untuk kembali menyertai Manchester United, dedah Fernandinho.

Bulan lalu, juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu hangat dikaitkan dengan Ronaldo selepas timbul laporan bahawa dia meminta untuk meninggalkan Juventus selepas tiga musim. 

Namun, United merampas perjanjian itu dengan tawaran bernilai £19.67 juta (RM113.2j) ke atas pemilik lima Ballon d'Or tersebut, 12 tahun selepas dia berhijrah ke Real Madrid.

Ronaldo membuat permulaan baik untuk penggal keduanya bersama The Red Devils dengan mnenyumbangkan tiga gol dalam dua perlawanan, tetapi Fernandinho mendedahkan bahawa bintang Portugal itu mungkin menjadi milik City.

Ditanya seberapa hampir pasukannya untuk menandatangani ikon dunia itu, Fernandinho berkata kepada ESPN Brasil: "Saya rasa kami memiliki peluang yang menarik dan cukup besar.

"Saya rasa ejennya (Jorge Mendes) sempat tiba di kelab ini untuk menguruskan kontrak baru Ederson, Ruben Dias, selain memantau situasi Bernardo Silva dan Joao Cancelo.

"Jelas sekali jika anda berada di meja rundingan, anda dapat membincangkan segala hal dan setiap pemain berpotensi."





Tidak lama selepas mengesahkan kesepakatan selama dua tahun dengan United, Ronaldo mendedahkan bekas pengurusnya, Alex Ferguson, turut memainkan peranan dalam keputusannya untuk kembali ke Old Trafford.

Memandangkan liputan meluas mengenai prospek Ronaldo bersetuju ke City, Fernandinho percaya faktor lain juga memainkan peranan ketika pemain berusia 36 tahun itu memuktamadkan hala tujunya.

"Saya rasa harapan untuk melihatnya ke mari juga tinggi," kata pemain kelahiran Brazil itu lagi. 
"Tidak syak lagi ia bukan sahaja akan mempengaruhi peminat, malah orang-orang di dalam kelab ini.

"Tetapi pada akhirnya, segalanya tidak berjalan dengan lancar, dia gagal mencapai kata sepakat dan akhirnya memutuskan untuk kembali ke pasukan merah. (Apapun) hidup perlu diteruskan."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video