Skip to main content

Bola Sepak

Melaka United tempang hadapi KL City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

risto-vidakovic.jpg
Melaka United FC akan turun berdepan Kuala Lumpur City FC tanpa tiga tonggak import menjelang aksi Liga Super di Stadium KLFA, Cheras malam esok.

Tiga pemain yang dimaksudkan adalah Ifedayo Olusegun, Emmanuel Oti dan Adriano.

Pasukan Hang Tuah itu dilaporkan sedang mengalami masalah tunggakan gaji selama tiga bulan sehingga menjejaskan prestasi di atas padang, di mana mereka seri sekali dan tewas dua kali sepanjang tiga perlawanan musim ini.

Bagaimanapun, ketua jurulatih, Risto Vidakovic, berkata ketiadaan tiga pemain import itu adalah disebabkan masalah kecederaan dan barisan pemainnya masih bersikap profesional di atas padang walaupun beraksi dengan keadaan gaji tertunggak.

"Kami perlu profesional. Kami perlu memainkan peranan kami dan menantikan yang terbaik akan tiba agar segalanya kembali normal dan kami boleh berlatih dan bermain dalam keadaan normal," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Kami perlu fokus terhadap bola sepak kami dan sentiasa menjadi profesional.

"Ia bukan sesuatu yang mudah tetapi pemain yang terpilih esok akan memberikan seratus peratus.

"Secara peribadi, saya percaya dengan pemain yang kami ada dan saya fikir kami mampu bermain dengan baik.

"Mereka (tiga pemain import) cedera, kami ada ramai pemain yang cedera.

"Tetapi kami tidak boleh bergantung kepada mereka, kami perlu fokus dengan pemain yang kami ada di sini kerana mereka boleh bermain," katanya.



*Kredit foto: Melaka United FC

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video