LIGA SUPER MSIA
Melaka tidak akan bersaing dalam Liga Super 2024/25
Persatuan Bolasepak Melaka (MAFA) hari ini mengumumkan bahawa pasukan itu tidak akan menyertai saingan Liga Super musim 2024-25.
Presiden persatuan itu, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri, berkata keputusan itu dibuat selepas MAFA mengadakan pertemuan dengan sebuah kelab Liga M3 bagi membincangkan mengenai perkara berkenaan.
Katanya, tiada kata putus dicapai selepas kedua-dua belah pihak tidak bersetuju dengan syarat-syarat yang dibincangkan.
Setakat ini, Melaka FA akan menumpukan kepada pasukan pembangunan negeri bagi penyertaan dalam Piala Presiden, Piala Belia, Futsal dan Bola Sepak Wanita bagi meningkatkan lagi prestasi pasukan-pasukan berkenaan.
Persatuan itu juga memutuskan untuk terus memberi tumpuan kepada struktur petadbiran, kewangan dan penajaan bagi persiapan tahun-tahun mendatang.