PIALA MALAYSIA
Melaka ketuai kelayakan ke Piala Malaysia
Prestasi cemerlang Melaka dalam Liga A1 Semi-Pro melayakkan kelab yang berpangkalan di selatan tanah air itu beraksi dalam Piala Malaysia yang bermula bulan depan.
Selepas separuh perjuangan liga musim ini, skuad bimbingan bekas ketua jurulatih Negeri Sembilan dan Selangor, K. Devan, itu menguasai persada divisyen kedua tempatan berkenaan.
Turut mengiringi kemaraan Melaka ialah PT Athletic FC dan KL Rovers FC yang akan berentap dalam kalangan 13 kelab Liga Super.