Skip to main content

Bola Sepak

Melaka ikat JDT di Stadium Hang Jebat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt_1.jpg
Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa berpuas hati dengan kutipan satu mata selepas terikat seri 1-1 berdepan Melaka United di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Meskipun beraksi di laman lawan, JDT tidak henti-henti memberi ancaman terhadap kubu Melaka.

Bagaimanapun, 45 minit pertama berakhir tanpa sebarang jaringan walaupun JDT jelas mendominasi perlawanan dengan melancarkan beberapa gerakan berbahaya.

Penyerang import Argentina, Gabriel Guerra, hampir menghukum kealpaan pertahanan Melaka dengan percubaannya pada minit ke-20 singgah ke palang gol.

JDT akhirnya memecah kebuntuan dalam babak kedua menerusi sepakan percuma Safiq Rahim pada minit ke-59.

Sepakan pemain berusia 29 tahun itu berjaya mengelirukan penjaga gol Melaka, Fazly Paat, sebelum menerjah ke gawang gol. 

Memasuki minit ke-73, pengendali Melaka, Eric Williams, bertindak membawa masuk Fauzi Roslan bagi memberi bantuan serangan kepada Ilija Spasojevic dan Sergio Aguero.

Bagaimanapun, kemasukan bekas penyerang Pahang tersebut gagal menyuntik ketajaman yang dicari.

Sebaliknya, JDT kelihatan lebih berbahaya dan hampir meledak gol kedua menerusi Safawi Rasid.

Pemain berusia 20 tahun itu bijak melepasi kawalan pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan deras dari luar kotak penalti yang hampir menghukum Fazly buat kali kedua.

Ketika JDT sedang rancak memburu gol kedua, Melaka United berjaya menemukan gol penyamaan tiga minit sebelum perlawanan berakhir.

Penyerang import Korea Selatan, Jeon Woo-young bertindak cemerlang meloloskan diri daripada pertahanan JDT sebelum merembat leret ke gawang Izham Tarmizi.

Kedudukan 1-1 tidak berubah sehingga ke tamat perlawanan.

Keputusan lain:

Pahang 2 Kelantan 3

T-Team 3 Perak 0

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video