Skip to main content

Bola Sepak

Melaka FC akan lengkapkan senarai pemain hujung bulan ini

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

datuk-nur-azmi-ahmad.jpg
Senarai akhir membabitkan keseluruhan pemain Melaka FC akan dimuktamadkan menjelang hujung bulan ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pemiliknya, Datuk Nur Azmi Ahmad sebagai persediaan kembali menyertai liga elit negara iaitu Liga Super.

Menurutnya senarai penuh pemain kelab tersebut itu nanti akan turut membabitkan beberapa pemain pinjaman daripada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) selain 12 pemain yang sedia ada ketika ini.

"Dari segi teknikal pula, kita sebenarnya sudah siap sedia, malah mencapai tahap 90 peratus termasuk barisan kejurulatihan, seperti jurulatih K. Devan bersama-sama Asri Ninggal dan Mazlan Wahid memang dikekalkan," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka yang dianjurkan pada Ahad malam.

Sebelum ini Melaka FC mempamerkan prestasi terbaik apabila muncul juara Liga A1 Semi Pro musim 2024/2025 sekali gus dilihat sebagai persediaan terbaik skuad Sang Kancil itu untuk kembali ke arena Liga Super.
 

Advertisement

Must Watch Video