Skuad bola sepak Majlis Bandaraya Subang Jaya FC, menafikan pemain, Intan Sarah Anisah Zulgafli, melakukan isyarat kurang sopan atau perlakuan keterlaluan ketika pasukan itu tewas kepada Selangor dalam saingan Liga Wanita Nasional yang berlangsung minggu lalu.
MBSJ mengeluarkan kenyataan yang berbunyi, "Merujuk kepada laporan media dan kenyataan awam berkaitan insiden yang berlaku semasa perlawanan menentang Selangor FC pada 23 Julai 2025 dalam saingan Liga Wanita Nasional 2025, pihak kelab ingin menjelaskan bahawa pemain kami, Intan Sarah Anisah binti Zulgafli, hanya menunjukkan reaksi ketidakpuasan hati terhadap keputusan pengadil melalui protes secara verbal dan gestur fizikal yang tidak melibatkan sebarang isyarat kurang sopan atau perlakuan keterlaluan.
"Insiden tersebut berlaku dalam suasana perlawanan yang tegang, dan pihak kelab ingin menegaskan bahawa tiada sebarang tindakan agresif dilakukan oleh pemain kami di luar padang.
"Pihak kelab juga ingin memaklumkan bahawa kami tidak dimaklumkan lebih awal mengenai kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh pihak tertentu. Kami memandang serius penyebaran maklumat yang tidak tepat kerana ia boleh menjejaskan imej pemain dan kelab secara keseluruhan.
"MBSJ FC akan memberikan kerjasama penuh dalam sebarang siasatan yang dijalankan dan berharap semua pihak dapat memberikan ruang dan layanan yang adil kepada pemain kami sebelum membuat sebarang kesimpulan.
"MBSJ FC berdiri teguh menyokong pemain kami dan akan mengambil langkah sewajarnya untuk melindungi hak serta reputasi semua pihak yang terlibat."