Skip to main content

Bola Sepak

Mbappe selamatkan maruah PSG

mbappe.jpg
STRASBOURG 3 PSG 3 

Mauricio Pochettino tidak lagi terkejut dengan sentuhan mengagumkan Kylian Mbappe biarpun belum memadai untuk membantu Paris Saint-Germain (PSG) menang di Strasbourg, awal pagi tadi.


Selepas gol pembukaan pada minit kedua oleh Kevin Gameiro, Mbappe meledak dua gol dan mencipta satu bantuan jaringan kepada Achraf Hakimi untuk meletakkan PSG di depan dalam pertembungan di Stade de la Meinau itu. 

Bagaimanapun, gol sendiri Marco Verratti menuju 15 minit tamat permainan menambah tekanan pelawat dan Strasbourg memiliki kesempatan untuk mengikat kedudukan 3-3 menerusi sepakan voli Anthony Caci pada masa kecederaan.

Mbappe telah terlibat dalam 54 gol (35 gol, 19 bantuan jaringan) musim ini untuk menyamai angka terbaik kerjayanya pada 2018-19.

Dia memilik koleksi 131 gol Ligue 1 sementara Edinson Cavani (138) satu-satunya pemain abad ini yang menjaringkan lebih banyak daripadanya jadi Pochettino berharap penyerang Perancis itu mampu merebut Kasut Emas. 

“Kylian tidak lagi mengejutkan saya,” kata pengurus PSG itu. 

 

"Saya harap dia dapat menamatkan saingan sebagai penjaring terbanyak liga. Kylian banyak membantu kami untuk merangkul kejuaraan ini."

Walaupun PSG melepaskan kelebihan dua gol, Pochettino tidak mahu terlalu membesar-besarkannya apabila menjelaskan secaranya umumnya mereka beraksi dengan baik.

Dia menambah: "Sepanjang 10 minit terakhir, selepas gol sendiri Marco, kami tidak panik. Kebangkitan lewat boleh berlaku dalam bola sepak. Strasbourg tidak rugi apa-apa.

"Saya gembira kerana kami beraksi dengan sangat bagus. Kami menjelmakan babak yang bagus pada masa-masa tertentu. Kami profesional dan ia penting buat kami.

"Saya tidak menyesal dengan rombakan yang dilakukan. Kami menguasai permainan."

Advertisement

Must Watch Video