Skip to main content

Bola Sepak

Mbappe mahu pastikan PSG atasi Bayern di Allianz Arena

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mbappe.jpg
Kylian Mbappe menuju ke Munich selepas memecahkan rekod bersama Paris Saint-Germain dan berazam untuk memimpin gergasi Perancis itu mengatasi Bayern dan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara.

PSG ketinggalan 1-0 dari perlawanan pertama pusingan 16, susulan kecederaan memaksa Mbappe hadir sebagai pemain gantian dalam perlawanan itu bulan lalu.

Namun bintang Perancis berusia 24 tahun itu cuba menghadirkan impak dalam masa singkatnya di atas padang -- termasuk gol yang dibatalkan kerana ofsaid -- untuk menjelaskan bahawa dia boleh menyamakan kedudukan buat Parisians.

Sejak perlawanan itu, pendahulu Ligue 1 itu telah pulih daripada kemerosotan prestasi yang membimbangkan untuk meraih tiga kemenangan domestik berturut-turut, menjaringkan 11 gol dalam proses itu.

Mbappe telah menjaringkan lima daripadanya, termasuk satu dalam kemenangan 4-2 ke atas Nantes Sabtu lalu yang menyaksikan dia memintas Edinson Cavani dan menjadi penjaring terbanyak PSG sepanjang zaman, lima setengah tahun selepas menandatangani kontrak dari Monaco pada 2017.

Pemain menjadi yang pertama menjaringkan hatrik dalam perlawanan akhir Piala Dunia sejak Geoff Hurst pada 1966, mempunyai rekod luar biasa iaitu 201 gol daripada 247 perlawanan dalam jersi PSG.

“Setiap pemain bermain mahu memberikan impak dan supaya nama mereka tercatat dalam sejarah bola sepak," kata Mbappe. 

"Saya fikir dengan rekod ini orang akan sentiasa mengingati saya."
 

“Fikiran saya sudah bersedia untuk perlawanan esok. Kami akan ke Munich dengan matlamat yang jelas untuk layak,” tambah Mbappe.

“Saya tidak fikir perlawanan ini akan memberi kesan. Jika saya mengaitkan masa depan saya dengan Liga Juara-Juara, tanpa mahu menunjukkan rasa kurang hormat kepada kelab, saya sudah lama berhijrah.

“Saya di sini dan saya sangat gembira berada di sini. Saya tidak memikirkan apa-apa selain menjadikan PSG berjaya.”

Advertisement

Must Watch Video