Kylian Mbappe telah memutuskan untuk kekal di Paris Saint-Germain dan bukannya menyertai Real Madrid, menurut beberapa laporan.
Real Madrid secara meluas dijangka menandatangani Mbappe sebagai ejen bebas selepas tamat kontraknya.
Bagaimanapun, PSG berazam untuk mengekalkan penyerang berusia 23 tahun itu -- yang berada dalam prestasi sensasi musim ini -- dan mereka kini nampaknya mungkin dapat mengekalkan pemain itu di Paris.
Awal minggu ini, khabar angin bertiup kencang ke arah Madrid, dengan laporan mencadangkan perbincangan antara Mbappe dan pemilik PSG dari Qatar tidak mempengaruhi penyerang itu, dan bahawa dia mahu menyertai Los Blancos.
Ibu dan ejen Mbappe mengesahkan Jumaat lalu bahawa persetujuan telah dicapai dengan kedua-dua kelab dan keputusan akan dibuat pada hujung minggu.
Semalam, beberapa penerbitan utama di Perancis, termasuk L'Equipe dan Le Parisien, serta ESPN, melaporkan bekas penyerang Monaco itu akan kekal.
Tiada butiran dikemukakan mengenai tempoh kontrak baharu Mbappe, walaupun dicadangkan bintang Perancis itu boleh mengesahkan keputusannya di Parc des Princes berikutan perlawanan akhir musim PSG menentang Metz.
Mbappe adalah penjaring kedua terbanyak kelab dalam sejarah mereka, di belakang Edinson Cavani, setelah memintas Zlatan Ibrahimovic apabila dia menjaringkan gol buat kali ke-157 dalam jersi PSG awal musim ini.
Berita tersebut ternyata hadir sebagai tamparan kepada Real, yang akan menentang Liverpool dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara minggu depan.
Los Blancos juga pernah dikaitkan dengan bintang Borussia Dortmund Erling Haaland, tetapi dia telah memutuskan untuk menyertai Manchester City, dan nampaknya presiden Madrid, Florentino Perez akan terpaksa menunggu Galactico seterusnya.