Skip to main content

Bola Sepak

Mbappe: Dembele pemain muda terbaik dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dembele-mbappe.jpg
Kylian Mbappe menyifatkan Ousmane Dembele sebagai pemain muda terbaik di dunia selepas aksi hebat yang ditampilkannya sewaktu bertemu Itali, Jumaat lalu.

Gandingan serangan Les Bleus itu mempersembahkan aksi memukau bersama bintang Atletico Madrid, Antoine Greizmann, sewaktu membenam cabaran anak buah Roberto Mancini itu 3-1.

Dembele menjaringkan gol ketiga Perancis dalam perlawanan itu selepas melencongkan bola melepasi Salvatore Sirigu, yang menyaksikan percubaannya sebelum itu sekadar singgah di palang gol.

Mbappe kini sudah terbukti sebagai antara pemain muda disegani ramai tetapi dia menganggap Dembele sebagai individu yang memegang watak utama ketika berdepan Azzurri.

"Ia adalah gandingan yang mantap. Kami dapat beraksi bersama dan menghargai diri masing-masing," kata Mbappe.

"Saya sentiasa mahu beraksi dengan pemain hebat. Kini, saya bersama Griezmann, pemain dalam kelompok 10 terbaik dunia tetapi Dembele berada di tangga teratas sebagai pemain muda terbaik dunia.

"Kami juga akan sentiasa membantu satu sama lain," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video