Skip to main content

Bola Sepak

Mbappe dalam senarai awal skuad Perancis ke Tokyo 2020

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kylianmbappe-cropped_11n9rxvtoyw4r1c4tickiu8eo2.jpg
Kylian Mbappe dinamakan dalam skuad awal Perancis menjelang Sukan Olimpik 2020 selepas disahkan oleh Presiden Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF), Noel Le Graet.

Bintang Piala Dunia dan Paris Saint-Germain (PSG), Mbappe, merupakan salah seorang daripada 80 nama yang disenaraikan tatkala hanya tiga orang pemain lebih umur boleh dinamakan dalam skuad B-23 itu.

Sukan bola sepak dalam Tokyo 2020 akan diadakan pada 23 Julai depan dan tamat pada 8 Ogos nanti tatkala juara bertahan, Brazil, mengintai peluang meraih satu lagi pingat emas.

"Mbappe berada dalam senarai awal 80 pemain untuk Sukan Olimpik yang dikeluarkan oleh Sylvain Ripoll. Senarai itu akan dipendekkan kepada 50 nama sebelum dijadikan 18 berserta empat dalam senarai menunggu," kata Le Graet.

"Usianya membolehkan dia berada dalam skuad B-23. Seperti pemain muda berbakat lain yang sama umur sepertinya, dia juga berada dalam senarai itu. Saya menemui Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi. Dia bertanya tentang Mbappe dan dia memaklumkan penyerang itu dalam keadaan baik.

"Secara umum, presiden kelab berpendapat tarikh Sukan Olimpik tidak begitu baik."

Mbappe menyinar dalam saingan Ligue 1 musim ini, menjaringkan 18 gol dan 27 jaringan dihasilkan untuk semua kejohanan.

Advertisement

Must Watch Video