Pengarah Sukan Paris Saint-Germain (PSG), Leonardo, mempertahankan, Kylian Mbappe, berikutan perlakuannya ketika digantikan ketua jurulatih, Thomas Tuchel, dengan menegaskan bintang itu bukanlah 'anak manja'.
Mbappe lantang mempersoalkan keputusan Tuchel yang menggantikannya selepas 68 minit ketika PSG sudah mendahului lima gol ketika mengatasi Montpellier 5-0 dalam saingan Ligue 1.
Bekas pemain kebangsaan Perancis, Christophe Dugarry, mengkritik reaksi pemain muda itu dan berkata beliau sudah hilang hormat terhadap pemain berusia 21 tahun itu.
Bagaimanapun, Mbappe telah tampil beraksi selama 90 minit dalam dua perlawanan berturut-turut bersama juara Ligue 1 itu dan Leonardo berusaha untuk merendahkan isu itu selepas Mbappe dikaitkan dengan Real Madrid.
"Saya banyak mendengar tentang Mbappe. Mengenai personalitinya. Ia membuatkan saya tidak selesa," katanya kepada Canal+.
"Jika pemain meninggalkan padang, dan bercakap dengan jurulatih, okay... dia bersalah. Kami akan berbincang dan menyelesaikan perkara ini. Tetapi untuk mengatakan dia seorang yang manja? Saya tidak boleh menerimanya.
"Mbappe seorang pemain yang komited dan menakjubkan."
Mbappe membentuk gandingan mantap bersama Neymar musim ini, dengan mereka menjaringkan 38 gol dalam semua kejohanan.
Dan Leonardo mempersoalkan suasana negatif yang mengelilingi PSG, yang kini tidak tewas dalam 21 perlawanan untuk semua kejohanan.
"Empat pemain terbaik dunia, salah seorangnya berusia 35 tahun, seorang lagi 28. Dua lagi adalah berusia 28 dan 21 tahun," kata Leonardo.
"Dan dua daripada mereka bersama kami. Marilah kita bergembira. Saya seorang pengarah sukan yang gembira. Kami harus menggunakan kelebihan ini, menikmati bola sepak. Kita harus berhenti bercakap mengenai masalah."
Editor: Ammar Hakim

77 - Kylian Mbappé has scored 77 goals in Ligue 1 since his very first one on 20 February 2016 with Monaco, more than any other French player in the Top 5 Euro leagues in that period. Unstoppable. @PSG_English #PSGOL pic.twitter.com/37hI32EAel
— OptaJean (@OptaJean) February 9, 2020
"Jika pemain meninggalkan padang, dan bercakap dengan jurulatih, okay... dia bersalah. Kami akan berbincang dan menyelesaikan perkara ini. Tetapi untuk mengatakan dia seorang yang manja? Saya tidak boleh menerimanya.
"Mbappe seorang pemain yang komited dan menakjubkan."
Mbappe membentuk gandingan mantap bersama Neymar musim ini, dengan mereka menjaringkan 38 gol dalam semua kejohanan.
Dan Leonardo mempersoalkan suasana negatif yang mengelilingi PSG, yang kini tidak tewas dalam 21 perlawanan untuk semua kejohanan.
"Empat pemain terbaik dunia, salah seorangnya berusia 35 tahun, seorang lagi 28. Dua lagi adalah berusia 28 dan 21 tahun," kata Leonardo.
"Dan dua daripada mereka bersama kami. Marilah kita bergembira. Saya seorang pengarah sukan yang gembira. Kami harus menggunakan kelebihan ini, menikmati bola sepak. Kita harus berhenti bercakap mengenai masalah."
❤️ ????? ?#PSGOL pic.twitter.com/HWOFawyUII
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) February 9, 2020
Editor: Ammar Hakim