Tinjuan sehari sebelum pertembungan besar di antara pasukan terbaik pilihan Asia Tenggara, ASEAN All-Stars menentang Manchester United menyaksikan kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dalam keadaan terbaik.
Berdasarkan laporan Stadium Astro bulan lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil, menegaskan segala persiapan sejak September tahun lalu menonjolkan perkembangan positif dan sedia menjadi medan pertempuran dua gergasi bola sepak.
"Berdasarkan pengalaman lebih setahun, kami telah temui cara yang tepat untuk uruskan padang dan rumput dengan lebih baik. Kita ada sebulan untuk bersedia sebelum aksi Manchester United lawan ASEAN All-Stars," katanya sebelum ini.
Semalam, kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu turun semula ke SNBJ buat kali pertama selepas 16 tahun untuk menjalani sesi latihan rasmi terakhir sebelum misi merangkul piala pertama musim ini.
Kelihatan pemain ternama dunia seperti kapten The Red Devils, Bruno Fernandez, Harry Maguire, Alejandro Garnacho dan ramai lagi bakal menjadi sandaran utama diturunkan ketua jurulatih, Ruben Amorim, malam ini.

The Reds are here ?️?
— Manchester United (@ManUtd) May 27, 2025
You can watch LIVE training from the Bukit Jalil Stadium now ?#MUFC || #MUTOUR25