Skip to main content

Bola Sepak

Mauricio Pochettino optimis Nicolas Jackson bakal menyerlah di Chelsea

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

7f47cb04841c4ff9bdf9a9aa92dd1e04.jpg
Nicolas Jackson bersedia untuk bermain di Chelsea selepas meninggalkan LaLiga untuk Liga Perdana Inggeris, menurut Mauricio Pochettino.

Tekanan ke atas penyerang berusia 22 tahun itu, yang menyertai dari Villarreal dengan bayaran GBP31 juta pada bulan Jun, untuk menyesuaikan diri dengan cepat dalam bola sepak Inggeris telah meningkat akibat kecederaan kepada pemain baru, Christopher Nkunku, yang kini tidak mungkin bermain untuk kelab itu sebelum Disember.

Gandingan itu mempamerkan aksi hebat dalam serangan untuk pasukan berwajah baharu Pochettino semasa jelajah Amerika Syarikat, menimbulkan harapan bahawa perjuangan pasukan di hadapan gol musim lalu telah diperbaiki.
 

Tetapi kecederaan dialami Nkunku -- ditambang dengan penghijrahan Pierre-Emerick Aubameyang dan David Fofana (dipinjamkan), ketiadaan Armando Broja dan kegagalan untuk menyelesaikan masa depan Romelu Lukaku -- telah menjadikan Jackson sebagai satu-satunya penyerang Pochettino yang tersedia untuk perlawanan pembukaan Liga Perdana malam ini Ahad, menentang Liverpool.

Pengurus itu bagaimanapun berkata dia telah melihat cukup daripada pemain itu, yang menjaringkan 13 gol dalam 48 perlawanan untuk Villarreal musim lalu, untuk meyakinkan semua bahawa dia sudah bersedia untuk bertindak selaku penjaring gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

“Dia pemain muda tetapi dia mempunyai kualiti untuk berada di sini dan menjaringkan gol,” kata Pochettino. 

“Kami menikmati cara kami bekerja, dia bekerja sangat keras, kualitinya ada. Anda boleh lihat (dari) beberapa perlawanan (dia telah bermain), dia mempunyai kualiti.

“LaLiga berbeza sama sekali dengan EPL. Ia bagus untuk bermain Siri Musim Panas EPL di Amerika untuk menguji kualiti liga ini, itu sangat bagus untuk kami.

“Saya tidak ragu-ragu dia akan menjaringkan gol dan menyesuaikan diri kerana ia bukan sahaja kualitinya, ia juga wataknya. Dia mempunyai perwatakan yang hebat, keperibadiannya kuat. Saya pasti dia akan menjadi baik di sini.

“Dia begitu kuat, dia tidak takut (apa-apa), dia begitu berani, dan anda boleh melihat kualiti di kakinya. (Dia mempunyai) kualiti juga dalam fizikalnya - dia pantas dan dia kuat."

Advertisement

Must Watch Video