Skip to main content

Bola Sepak

Mauricio Pochettino dijangka ambil alih pasukan Amerika Syarikat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pochettino.jpg
Mauricio Pochettino dilaporkan bersetuju untuk menjadi ketua jurulatih Amerika Syarikat, menerusi beberapa laporan yang dikeluarkan semalam.

The Athletic dan ESPN mengesahkan Pochettino, yang tidak lagi bersama kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea Mei lalu, akan menggantikan tempat Gregg Berhalter.

Pochettino, akan tiba di Amerika Syarikat untuk membuat persiapan menjadi penganjur Piala Dunia 2026 bersama Mexico dan Canada.

Pochettino meninggalkan Chelsea selepas menamatkan saingan di tempat keenam EPL musim lalu, selepas berkhidmat untuk Paris Saint-Germain dan Tottenham.

Pochettino dijangka akan mengambil alih pasukan AS tepat pada masanya untuk aksi persahabatan bertemu Kanada 7 September ini di Kansas City.

 

Advertisement

Must Watch Video