Skip to main content

Bola Sepak

Mattia Perin hampir bersara awal di Juventus

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mattia-perin.jpg
Penjaga gol Juventus, Mattia Perin, hampir berputus asa dengan siri kecederaan yang ditanggung apabila terlintas untuk menggantung sarung tangannya. 

Pemain berusia 29 tahun itu mengisi barisan utama Bianconerri dengan lapan penampilan musim ini di sebalik bergelut dengan kecederaan bahu sejak di Genoa lagi.

“Selepas kecederaan bahu terakhir yang membawa kepada pembedahan kelima dalam tempoh lima tahun, saya terfikir untuk bersara. Saya sempat berbincang dengan ejen dan beberapa kawan rapat saya.




"Saya tidak lagi menikmati bola sepak," katanya dipetik daripada cultofcalcio.

Juventus akan mencabar juara bertahan, Milan, malam ini dengan kemenangan akan mendekatkan mereka kepada kedudukan merebut tiket Liga Juara-Juara (UCL) musim depan. 




 

Advertisement

Must Watch Video