Skip to main content

Bola Sepak

Matthijs de Ligt makin hampir ke Bayern Munich

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

de-ligt.jpg
Matthijs de Ligt bersedia untuk melengkapkan perpindahan ke Bayern Munich selepas Juventus dilaporkan menerima tawaran bernilai sekitar €80 juta (RM359.3j) terhadap pertahanan Belanda itu.

Dengan Robert Lewandowski dipersembahkan secara rasmi sebagai pemain Barcelona sebentar tadi, juara Bundesliga, Bayern, bersedia untuk mengumumkan ketibaan De Ligt.

Laporan di Jerman mengatakan butiran akhir perpindahan telah dipersetujui sepenuhnya di antara kedua-dua kelab dengan Kicker berkata pemain berusia 22 tahun itu akan memeterai kontrak selama lima tahun.

Rundingan itu dikendalikan oleh Pengarah Sukan Bayern, Hasan Salihamidzic yang beraksi sebagai pertahanan untuk gergasi Bavaria berkenaan dan Juventus.

 

Sport1 berkata Bayern akan melunaskan bayaran awal €70j (RM314.3j)  dengan tambahan €10j (RM44.9j) sebagai sebahagian daripada perjanjian itu.

Kemajuan perbincangan itu didedahkan Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Oliver Kahn, yang berkata De Ligt ingin berhijrah ke sana. 

Kahn memberitahu Blickpunkt Sport: "Kami mengadakan perbincangan dan pemain itu mahu datang ke FC Bayern. 

"Kami akan mengadakan lebih banyak perbincangan, kemudian lihat bagaimana hasilnya."

Advertisement

Must Watch Video