BOCHUM 0 BAYERN 7
Matthijs de Ligt memuji Bayern Munich atas persembahan yang sukar dipercayai ketika membelasah Bochum, tetapi mengakui dia mahu mewakili kelab itu dengan lebih kerap.
Pemain antarabangsa Belanda tersebut diketengahkan dalam barisan utama buat julung kalinya dalam kemenangan dominan 7-0 itu selain membuka akaun jaringan bersama kelab berkenaan dengan gol kedua Bayern di kandang lawan, awal pagi tadi.
Ditandatangani daripada Juventus, De Ligt dimasukkan dari bangku simpanan dalam kejayaan Piala Super Jerman ke atas RB Leipzig dan hanya lapan minit dalam perlawanan pembukaan Bundesliga musim ini.
De Ligt memanfaatkan peluang diberikan awal pagi tadi apabila menyumbang satu gol dalam kemenangan bergaya itu -- dua jaringan diledak Sadio Mane dalam setiap babak -- sebelum menjelaskan bahawa dia mengidamkan lebih banyak aksi lagi sekalipun mengakui berdepan persaingan sengit merebut tempat.
"Sungguh sukar untuk dipercayai, kami menjaringkan lima gol dalam babak pertama. Adalah penting untuk kami mengekalkan fokus sepanjang perlawanan ini," katanya.
"Saya amat gembira dapat menjaringkan gol pertama peribadi di sini. Kami perlu meneruskan rentak ini.
"Sudah tentu setiap pemain sentiasa mahu bermain tetapi saya memahami situasinya.
"Saya ke mari sebagai pemain baru daripada Juventus tatkala Dayot Upamecano dan Theo Hernandez bermain dengan baik. Tetapi sudah tentu saya mahu beraksi."