Skip to main content

Bola Sepak

Matthew Davies puji Terengganu jelmakan aksi sengit

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

matthew-davies.jpg
Kapten Johor Darul Ta'zim (JDT), Matthew Davies, teruja dapat membantu penyandang juara itu meraih tiga mata berharga di Gong Badak malam tadi meskipun Terengganu hadir dengan aksi lebih bertenaga berbanding perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia, 17 Januari lalu.

Davies percaya Harimau Selatan kini di landasan terbaik bagi mengekalkan gelaran kejuaraan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut, serta setiap kejuaraan yang diraih JDT itu secara tidak langsung memahat sejarah baru di pentas domestik dan antarabangsa.

JDT mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Liga Super musim ini berbekalkan kejayaan membenam Sang Penyu 1-0 dalam aksi minggu ke-19.

Kemenangan kedua berturut-turut JDT ke atas tuan rumah itu dalam tempoh lapan hari membolehkan mereka mengumpul 52 mata, dibantu keputusan perlawanan di antara Selangor yang diikat Penang di Stadium Bandaraya.

"Pujian diberikan kepada Terengganu yang menjelmakan kesukaran buat kami biarpun selepas kekalahan besar kepada kami minggu lalu, selain dalam Piala Shopee.

"Pujian buat kami juga kerana memungut tiga mata dan ia menggembirakan kami. 

"Kami akan teruskan perjuangan dalam baki 11 perlawanan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, selepas perlawanan. 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Topik Berkaitan

Must Watch Video