Skip to main content

Bola Sepak

Matt Davies jawab status bersama JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

md.jpg


Matthew Davies menolak sebarang spekulasi mengenai statusnya bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan mesej yang sangat jelas.


Ini susulan namanya tidak berada dalam senarai awal membabitkan 29 pemain Harimau Selatan dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) yang akan bermula esok. 

Sebagai tambahan, bintang Harimau Malaya itu juga belum diturunkan dalam saingan Liga Super mahupun Piala FA musim ini. 

Persoalan mengenai masa depannya itu timbul apabila dia tidak kelihatan bersama skuad kendalian Xisco Munoz sejak awal dan terlepas panggilan skuad kebangsaan menentang Singapura dan Palestin, baru-baru ini. 




Meninjau laman Transfermarkt, kontrak warisan berdarah Australia itu akan tamat pada Mei 2026 dan ia, sekali gus menepis dakwaan bahawa dia akan meninggalkan kelab itu lebih awal.

Difahamkan, pemain berusia 30 tahun itu mengalami kecederaan sehingga terpaksa disisihkan, namun menanti masa untuk kembali di atas padang. 

Perkongsian di Instagramnya melegakan penyokong JDT dengan isyarat akan kekal di bumi Johor itu.

"Masih ada. Itu kenyataannya seiring dengan perkembangan terkini.

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video