Skip to main content

Bola Sepak

Mats Deijl kecewa tidak dapat wakili Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mats-deijl-kecewa.jpg
Pertahanan kelab Belanda, Go Ahead Eagles, iaitu Mats Deijl, kecewa apabila hajatnya untuk mewakili Harimau Malaya tidak kesampaian.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah mengesahkan Deijl tidak melepasi syarat kelayakan untuk menyertai Harimau Malaya.

Ini kerana, berdasarkan dokumentasi-dokumentasi yang telah dilampirkan, didapati bahawa pemain berusia 27 tahun itu hanya mempunyai darah keturunan Malaysia melalui moyangnya dan bukannya melalui datuk atau nenek sepertimana yang ditetapkan dalam syarat FIFA.

Deijl, dalam satu perbualan dengan frfuturetalents, berkata: "Saya baru mendapat panggilan, amat mengecewakan.

"Harap-harap pada masa akan datang ada sesuatu yang boleh melayakkan saya (mewakili Harimau Malaya) tetapi tidak buat masa ini."
 

Advertisement

Must Watch Video