Mats Deijl bakal debut bersama Harimau Malaya menentang New Zealand

Saufi Tahir
September 26, 2024 10:08 MYT
Pemain warisan negara, Mats Deijl, dijangkakan bakal membuat debut pertamanya bersama Harimau Malaya ketika berdepan New Zealand.
Mengikut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain berusia 27 tahun itu yang merupakan bekas rakan sepasukan Ryan dan Declan Lambert di kelab Belanda, Den Bosch, dikhabarkan akan beraksi pada Oktober depan bagi memperkuatkan skuad negara.

Mats Deijl yang juga bekas rakan sepasukan Ryan dan Declan Lambert di FC Den Bosch di Belanda dilapor akan melakukan debut bersama Harimau Malaya seawal pertemuan menentang New Zealand bulan depan. ???@ASTROARENA pic.twitter.com/i3DD3xM3K5

— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) September 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam satu podcast yang tular pemain berdarah campuran Malaysia-Belanda itu menjelaskan bahawa: "Proses pendokumentasian sudah selesai. Semua dokumen saya telah kemukakan pada mereka dan mereka sudah menerimanya.
"Ini merupakan sijil kelahiran datuk saya, semua dokumen sudah dihantar kepada pihak yang berkaitan." katanya.
#bola sepak #Harimau Malaya #Mats Deijl
;