Skip to main content

Bola Sepak

Mathys Tel umum tinggalkan Rennes, makin hampir sertai Bayern Munich

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mathys-tel.jpg
Penyerang muda sensasi Perancis, Marthys Tel, dijangka akan memenuhi impiannya untuk menyertai Bayern Munich selepas mengumumkan pemergiannya daripada Rennes.

Pemain berusia 17 tahun itu hanya melakukan 10 penampilan dalam pasukan utama Rennes -- kesemuanya sebagai pemain gantian -- tetapi dia dilaporkan menjadi tumpuan utama Bayern.

Perpindahan impiannya kini kelihatan akan menjadi kenyataan apabila pemain skuad B-18 Perancis itu mengumumkan ucapan selamat tinggalnya buat kelab Birttany itu.

Dia berkata dalam satu kiriman Instagram: "Saya mahu menulis kepada anda hari ini untuk mengumumkan pemergian saya daripada @staderennaisfc.

"Ia merupakan satu kebanggaan yang besar dan satu penghormatan untuk saya memakai dan mewakili jersi ini sejak saya berusia 12 tahun.

"Saya mahu mengucapkan terima kasih atas segala momen yang kita luangkan bersama, buat staff, jurulatih dan kesemua rakan sepasukan saya dan juga buat Keluarga Pinault (pemilik kelab) yang menjadikan segalanya kenyataan.

"Terima kasih buat penyokong Rouge et Noir, saya seikhlasnya mendokan yang terbaik buat anda semua," katanya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MATHYS TEL (@m.tel14)


Bayern menjual penyerang utama mereka, Robert Lewandowski, kepada Barcelona dalam jendela perpindahan kali ini tetapi mereka berhasil mendatangkan Sadio Mane ke Bundesliga daripada Liverpool selain turut memiliki Eric Maxim Choupo-Moting dan Joshua Zirkzee sebagai pilihan.

Mereka turut mendedahkan minat untuk mendapatkan kapten England, Harry Kane, dan jersi nombor sembilan kelab itu juga masih belum ada pemilik menjelang pembuka tirai musim ini, di mana Bayern akan bertandang ke laman juara Liga Europa, Eintracht Frankfurt, pada 5 Ogos ini.

 

Advertisement

Must Watch Video