Skip to main content

Bola Sepak

Mat Yo, Safee Sali harap Faisal Halim dapat kembali beraksi di padang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faisal-halim.jpg
Bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha, atau lebih dikenali sebagai Mat Yo mendoakan rakan seperjuangannya, Faisal Halim diberi kesembuhan dan dapat beraksi semula di padang di masa akan datang.

Dia yang juga bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang, ketika ditemui Astro AWANI berkata, mereka sepasukan semasa dia bermain untuk pasukan Pahang pada tahun 2018 dan menyifatkan Faisal sebagai pemain yang lincah.

"Saya banyak bermain dengan dia semasa bersama pasukan Pahang pada 2018, kita dapat juarai piala FA.

“Bersama pasukan kebangsaan juga pun saya sempat bermain dengan dia.

“Harapan saya sama-samalah kita semua doa Faisal Halim sembuh seperti sedia kala dan kita semua berharap prestasi beliau kembali," katanya.

Mat Yo ditemui selepas majlis bacaan yasin dan doa selamat buat Faisal Halim di Surau An Nur Astro di Bukit Jalil di sini, hari ini.

Majlis berkenaan adalah anjuran Astro Radio membabitkan Era, Sinar, Gegar dan Zayan bertujuan mendoakan kesembuhan Faisal Halim.

Hampir 100 kakitangan Astro menyertai bacaan yasin diketuai oleh Abdul Halim Zakaria bermula pada jam 10.15 pagi.

Majlis itu turut disertai beberapa pemain dan bekas pemain bola sepak selain penyampai radio Era Nabil Ahmad, Radin dan Ray; penyampai Zayan, Mawi; dan penyampai Sinar, Jep Sepahtu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali yang turut hadir, berkata beliau berharap insiden sedemikian dapat dihentikan dengan segera dan tindakan tegas perlu diambil terhadap pelaku.

Tambahnya, dia juga bimbang dengan keselamatan diri dan bercadang untuk mengupah pengawal peribadi untuk memastikan keselamatan dia dan keluarga dalam keadaan baik.

"Sebagai seorang bekas pemain, saya rasa terkesan. Saya berhati-hati selepas ini, dan saya tidak akan berjalan seorang diri selepas ini. Saya kena ambil pegawai keselamatan atau saya perlu memikirkan demi keselamatan. Saya akan pastikan saya dan keluarga balik dengan selamat," katanya.-Astro Awani

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video