Skip to main content

Bola Sepak

Masuk sebagai gantian, tak sampai 38 saat terima kad merah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rm.jpg
Kemasukannya untuk memperkuat pertahanan, namun gagal memberikan sebarang impak apabila dibuang padang oleh pengadil akibat kekasaran. 

Allan Nyom yang masuk sebagai pemain gantian hanya beraksi selama 37 saat kerana menerima kad merah akibat melakukan kekasaran terhadap bintang Brazil, Vinicius Junior, dalam perlawanan LaLiga, awal pagi tadi. 

Getafe mendakwa keputusan kontroversi itu dengan menuduh Vinicius sengaja merebahkan badan.

Begitupun, video ulangan jelas memaparkan ada pelanggaran berlaku, tetapi tidak dipastikan sama ada ia serius atau tidak. 

 

Allan Nyom yang terkejut dengan keputusan itu bersama pasukannya meminta supaya pengadil meneliti semula semakan tersebut, namun ia tetap tidak mengubah keputusan. 

Tuan rumah sekali lagi mengalami nasib malang tatkala giliran Alex Sancris pula dikenakan penggantungan kad merah pada minit ke-84. 

Real Madrid berjaya membawa pulang tiga mata penuh selepas kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan Kyllian Mbappe meletakkan Los Blancos di tempat pertama liga. 
 
Football

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya

Lengkapkan diri dengan kasut Puma KING ULTIMATE FG/AG yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Must Watch Video