TMJ terlebih dahulu meminta pemain berusia 29 tahun itu menjelaskan status sebenar dirinya kepada peminat bola sepak tempatan yang ingin dia memperkuat skuad bola sepak negara.
"Hai Josh, Selamat Hari Krismas. Saya mendoakan anda dan keluarga anda selamat. Saya rasa anda perlu membuat kenyataan bahawa anda bukan rakyat Malaysia.
?? https://t.co/DdsbPCeioL pic.twitter.com/dAphBcdwcr
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) December 28, 2024
"Negara saya tergila-gilakan anda dan merayu saya untuk mengajak anda bermain untuk Malaysia.
"Ia amat membantu jika anda boleh menjelaskan perkara sebenar. Maaf mengganggu kamu. Salam sejahtera dan terima kasih", katanya.
Bekas pemain akademi Manchester United itu membalas mesej daripada pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dengan berkata: "Hai, Selamat Hari Krismas kepada anda juga! Saya terfikir untuk mengeluarkan sesatu untuk seketika sekarang.
"Tetapi saya melihat masanya sudah tiba! Tidak pasti bagaimana semuanya bermula. Terima kasih atas mesej ini,” balasnya.
Malah, pemain berusia 29 tahun itu turut menjelaskan dakwaan khabar angin itu hari ini dengan menafikan perkara itu dengan menjelaskan situasi sebenar dirinya.