EPL
Masalah kesihatan mental makan diri Dele Alli
Putera Wales itu memuji Dele Alli yang tampil "berani dan penuh inspirasi" kerana mendedahkan tentang masalah kesihatan mentalnya apabila mendedahkan bahawa dia pernah didera secara seksual ketika kecil.
Dalam temu bual yang penuh emosi itu, Alli memberitahu bagaimana dia pernah dicabul ketika berusia enam tahun dan sudah terlibat dengan dadah pada usia lapan tahun, malah dia juga mendedahkan tentang masalah alkohol, ketagihan pil tidur serta menangani masalah kesihatan mentalnya dengan menghabiskan enam minggu dalam klinik pemulihan.
Pemain berusia 27 tahun itu sempat bercadang untuk menggantung butnya tiga tahun lalu sebelum meninggalkan Tottenham dan ke Everton pada 2022.
Iklan
Dia menerima kata-kata sokongan sokongan yang mencurah-curah daripada Putera William, NSPCC dan ketua England, Harry Kane, antara mereka yang memujinya.I’m struggling to find the words to put with this post but please watch my most recent interview with Dele. It’s the most emotional, difficult yet inspirational conversation I’ve ever had in my life. Watch the interview on @wearetheoverlap here https://t.co/60d4IZwQmR pic.twitter.com/0cZowJGW77— Gary Neville (@GNev2) July 13, 2023
Dalam ciapan peribadi, William menulis di Twitter: “Berani dan memberi inspirasi @dele_official. Membincangkan kesihatan mental bukanlah tanda kelemahan. Mari teruskan perbualan.
“Kami semua bersama anda dan kami mendoakan yang terbaik untuk anda. W.”
Must-Watch Video