Skip to main content

Bola Sepak

Masa kian suntuk, mengapa FAM belum kemuka rayuan?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azzuddin-ahmad.jpg
Bekas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Azzuddin Ahmad, menegaskan kewibawaan badan induk dalam urus tadbir isu berkait dengan maruah negara ini yang perlu ditangani dengan lebih rasional.

Tindakan FAM yang mengambil langkah untuk menunggu keputusan penghakiman penuh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terlebih dahulu menimbulkan persoalan, walhal badan induk dunia itu sudah menyatakan dengan jelas tempoh rayuan 10 hari yang boleh dikemukakan FAM sebaik surat hukuman rasmi daripada Jawatankuasa Disiplin FIFA dikeluarkan pada Jumaat lalu.

Berbaki dua hari, FAM sebenarnya sudah kesuntukan masa jika pendekatan itu diteruskan pihak sekretariat.

"Itu sahaja yang tinggal buat kita. 

"Kenapa FAM nak tunggu keputusan keseluruhan daripada FIFA. 

"Apa lagi yang keputusan yang mereka nak tunggu oleh kerana FIFA sudah berikan 10 hari (tempoh) rayuan pada tarikh yang mereka jatuh hukuman dan denda itu," katanya. 

Dalam nada kecewa, Azzuddin menegaskan FAM perlu membersihkan semula maruah Malaysia yang tercalar, merujuk kepada pengakuan FAM sendiri bahawa ia berpunca dari kesilapan teknikal yang berlaku di Kelana Jaya yang bukan sekadar melibatkan isu bola sepak semata-mata.

"FIFA adalah satu badan induk dunia. Mereka adalah badan induk bola sepak profesional. 





"Orang Eropah bukan boleh dibawa berunding jadi kita harus bertindak secara profesional.

"Saya berasa sedih kerana benda ini tidak sepatutnya berlaku.

"Benda yang terlepas pandang macam ini adalah memalukan," katanya. 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video