Skip to main content

Bola Sepak

Masa depan Virgil van Dijk di Anfield kekal misteri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

van-dijk.jpg
Virgil van Dijk mengakui bahawa dia tidak pasti adakan dia masih akan menyarung jersi Liverpool pada musim depan.

Kapten Liverpool itu antara salah seorang daripada tiga pemain berprofil tinggi -- di samping Trent Alexander-Arnold dan Mohamed Salah -- yang akan tamat kontrak pada Jun depan. 

Rundingan di antara Liverpool dan Van Dijk telah berlanjutan sekian lama dan pertahanan berusia 33 tahun itu pernah menyatakan dia berminat untuk melanjutkan tempohnya.

Sejak berpindah ke Anfield dari Southampton pada Januari 2018, Van Dijk telah membuat 310 penampilan bersama The Reds.

Pemain antarabangsa Belanda itu merupakan sebahagian daripada kejayaan Liverpool di bawah kendalian Jurgen Klopp dengan menjulang lapan anugerah utama, termasuk Liga Juara-Juara (UCL) 2018-19.

Van Dijk turut memenangi Piala FA, Perisai Komuniti, Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab, malah berpeluang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala Liga Inggeris (EFL) tahun ini.

Bagaimanapun, berikutan kekalahan Liverpool dalam UCL kepada Paris Saint-Germain menerusi sepakan penalti semalam, dia mengakui masih terdapat ketidakpastian mengenai masa depannya 

"Saya masih tidak tahu buat masa ini. Sebenarnya, saya tidak tahu," katanya mengenai masa depannya.





"Rundingan tidak ditangguhkan. Tiada apa-apa yang ditangguhkan. Saya masih mengatakan perkara yang sama. Ada 10 perlawanan lagi dan itulah tumpuan penuh saya.

"Jika ada perkembangan lain, kamu semua akan tahu. Saya sendiri pun tidak tahu. Semua orang tahu ada beberapa perbincangan di sebalik tabir tetapi setakat itu sahaja.

"Pada masa ini, saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada musim depan. 

"Jika ada yang mengatakan bahawa mereka tahu, mereka berbohong di hadapan anda."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video