Skip to main content

Bola Sepak

Masa depan pemain Perak sedang diteliti

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

img-20171010-wa0003.jpg
Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, mahu posisi jentera serangan dan pertahanan The Bos Gaurus diperkukuhkan bagi kempen Liga Super, musim depan.

Berdasarkan rekod musim ini, jumlah bolos melebihi jumlah jaringan dan perkara itu perlu dilihat dan diperbaiki.

"Musim depan, semuanya bergantung kepada strategi jurulatih dan kesesuaian pasukan. Kebanyakan pemain akan dikekalkan. Hanya segelintir pemain akan digugurkan serta mereka yang tamat kontrak.

"Namun, saya tidak nafikan ada tawaran daripada beberapa pemain luar. Oleh itu, kami kena kaji dahulu. Semua masih dalam peringkat perundingan lagi," katanya. 

Abdul Puhat juga menambah dua pemain import baru akan dibawa masuk berikutan pemain import sedia ada, Yashir Pinto, masih mengalami kecederaan manakala Thiago Junior Aquino ada menyuarakan hasrat untuk bersara.

"Oleh itu, saya rasa kata putus mengenai skuad The Bos Gaurus dapat diselesaikan dalam masa dua minggu lagi," ujarnya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video