Penyerang Real Madrid, Alvaro Morata, menyifatkan masa depannya bersama juara Eropah itu bukan berada di tangannya sendiri, menguatkan lagi spekulasi perpindahannya ke AC Milan.
Pengendali Milan, Vincenzo Montella, sanggup untuk membayar EUR70 juta bagi mendapatkan khidmat vpenyerang berusia 24 tahun itu dan berdasarkan laporan media di Itali, Morata telah bersetuju dengan terma persendirian bersama Milan.
Morata menegaskan ia adalah impiannya untuk bermain bersama pasukan yang disokong sejak kecil, namun tidak menafikan apabila bercakap soal perpindahan.
"Saya tidak tahu, ia bukan bergantung kepada saya semata-mata,” kata Morata.
“Impian saya di sini, saya gembira, kami baru memenangi kejuaraan Eropah dan La Liga, jadi saya mahu menikmatinya.
“Kembali ke Madrid dan memenangi Liga Juara-Juara adalah sesuatu yang hebat.
“Perlawanan antarabangsa akan menyusul selepas ini dan kita akan ketahuinya selepas itu,” ujar Morata.
Morata hanya masuk ke padang pada minit ke-89 ketika kemenangan sudah hampir pasti menjadi milik Madrid menggantikan pemain tengah, Toni Kroos.
Bagaimanapun, Morata tidak menuding jari ke arah pengendali, Zinedine Zidane, kerana tidak memberikan peluang yang secukupnya untuk dia menyinar dalam kesebelasan utama skuad Los Blancos.