INTER MILAN 3 CREMONESE 1
Lautaro Martinez menjaringkan gol dalam separuh masa kedua untuk memastikan kemenangan 3-1 Inter Milan ke atas Cremonese dalam aksi Serie A di San Siro awal pagi tadi selepas Joaquin Correa dan Nicolo Barella turut menemui sasaran dalam babak sebelumnya.
Pasukan tuan rumah itu berada di depan seawal minit ke-12 apabila lantunan daripada percubaan awal Edin Dzeko berhasil menemui Correa untuk disudahkan ke gawang lawan sebelum gol gemilang Barella memastikan Nerazzurri ke bilik persalinan dengan kelebihan dua gol.
Skuad bimbingan Simone Inzaghi itu kelihatan mengendurkan asakan mereka selepas perlawanan bersambung tetapi masih mampu menambah satu lagi jaringan menerusi pemain gantian, Martinez, pada minit ke-76 sebelum David Okereke mendapatkan gol sagu hati buat pelawat dalam waktu kecederaan.
Pungutan tiga mata itu merupakan pemangkin terbaik buat Inter untuk bangkit daripada kekalahan 1-3 kepada Lazio pada Sabtu lalu untuk mereka kini menduduki tangga kedua liga dan hanya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu, AS Roma.
Cremonese pula masih belum berhasil mengutip sebarang mata sepanjang musim ini dan hanya dibezakan jumlah jaringan dengan pasukan tercorot, Monza.