Skip to main content

Bola Sepak

Martinelli mampu jadi penyerang bertaraf dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

martinelli-and-tierney.jpg
Kieran Tierney percaya rakan sepasukan dan penyerang Arsenal, Gabriel Martinelli, memiliki dahaga dan bakat untuk menjadi pemain bertaraf dunia pada masa akan datang.

Martinelli telah menjaringkan 10 gol dalam semua pertandingan musim ini dan Tierney kagum dengan kemampuan pLondon.

Membalas kepada peminat menerusi Reddit apabila ditanya pemain mana yang paling 'menyerlah', Tierney membalas, "Saya berasakan Martinelli.

"Saya berasakan semangat serta bakas yang dimiliki adalah sesuatu yang diperlukan untuk menjadi pemain bertaraf dunia.

"Ketika saya menjalani latihan bersama pasukan, saya diletakkan bertentangan dengan Martinelli dan intensiti permainannya sesuatu yang mengejutkan.

"Saya berkata kepada diri sendiri, ini adalah cara yang perlu dipamerkan bersama Arsenal."

Advertisement

Must Watch Video