Skip to main content

Bola Sepak

Marseille umum pelantikan Roberto De Zerbi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

roberto-de-zerbi.jpg
Marseille mengesahkan pelantikan Roberto De Zerbi sebagai pengurus baru mereka.

Kelab itu secara prinsipnya telah bersetuju dengan pengurus berbangsa Itali tersebut sebelum mengesahkan kontrak tiga tahun. 

Dalam satu kenyataan di laman sesawang kelab, De Zerbi berkata: "Saya gembira dapat menyertai Olympique de Marseille kerana saya mempunyai keinginan yang sangat kuat untuk menyertai kelab.

"Ia mengenai sejarah dan prestij yang menyelubungi OM, semangat dan semangat penyokongnya. Kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan kepada saya oleh Frank McCourt, Pablo Longoria dan Medhi Banatia merupakan faktor penentu dalam keputusan saya untuk memulakan cabaran yang menarik ini.

"Saya tidak sabar untuk duduk di bangku simpanan di Velodrom Jingga, kali ini sebagai ketua jurulatih OM dan membantu kelab berada di kedudukan yang sepatutnya."

De Zerbi, yang mengumumkan pengunduran di Brighton sehari sebelum berakhirnya musim 2023-24, telah memacu The Seagulls ke tangga dalam Liga Perdana Inggeris selepas mengambil alih tugas itu daripada Graham Potter pada 2022, sekali gus memastikan tiket pertandingan Eropah buat julung kalinya dalam sejarah kelab berkenaan. 

Brighton sempat menewaskan Marseille dalam Liga Europa sebelum disingkirkan Roma dalam pusingan 16 sebelum mengakhiri kempen EPL di tempat ke-11.
 
Musim lalu kelab Perancis itu telah menggunakan khidmat tiga pengurus yang menyaksikan Jean-Louis Gasset memikul amanah berkenaan di penghujung kempen untuk Marseille menamatkan saingan Ligue 1 di tempat kelapan tanpa tiket kejohanan Eropah.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video