Skip to main content

Bola Sepak

Marko Simic pilihan kedua Melaka United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

marko-simic.jpg
Melaka United menjadikan bekas penyerang, Marko Simic, sebagai pelan B untuk membarisi kuota import yang akan mengibarkan cabaran dalam Liga Super 2021.  

Pendekatan itu terpaksa berikutan penyerang Croatia, Ivan Lendric, berdepan kekangan untuk melaporkan diri.

"Sampai sekarang dia masih belum datang lagi kerana tengah berurusan dengan bekas kelabnya untuk mendapatkan surat pelepasan.

"Sekiranya lambat, kami akan berbincang dengan ejen Marko Simic bagi mendapatkannya secara pinjaman daripada Persija Jakarta," kata Ketua Eksekutif (CEO) Melaka United,  Datuk Saiful Mat Sapri.

 

MUSA penuhi syarat Lesen Kebangsaan untuk Melaka United Football Club beraksi dalam saingan Liga Super 2021. Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada FAM dan semua yang mendoakan.

Posted by Melaka United Soccer Association - MUSA on Friday, January 15, 2021


Sepanjang tiga tahun dalam kancah Liga Indonesia, penyerang itu telah meledak 73 gol.

Pemain kelahiran Haiti, Sony Norde, dan Jang Suk-won (Korea Selatan) sudah sah memanjangkan kontrak selain kehadiran pemain antarabangsa Filipina, Manuel Ott.

Pendaftaran pemain Liga Malaysia dilanjutkan dua minggu sebelum sepak mula yang dianjakan ke tarikh baru, 5 Mac depan.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video