Skip to main content

Bola Sepak

Marko Grujic tinggalkan Liverpool, sertai Porto secara tetap

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

grujic.jpg
Pemain tengah Liverpool, Marco Grujic, sah menyertai Porto secara perpindahan tetap.

Pemain berusia 25 tahun itu menghabiskan musim 2020-21 secara pinjaman di kelab Liga Primeira itu dengan melakukan 39 penampilan dalam kesemua kejohanan.

Ia merupakan musim terakhir Grujic dipinjamkan daripada Liverpool sejak dia menyertai pasukan itu daripada Red Star Belgrade pada 2016 -- turut penah dipinjamkan kepada Cardiff City dan Hertha Berlin.

Dia merupakan pemain pertama yang ditandatangani dalam era Klopp di Anfield tetapi hanya pernah menyarung jersi The Reds sebanyak 16 kali dalam kesemua kejohanan.

Pemain kebangsaan Sebia itu sepatutnya kembali menyertai sesi pramusim  bersama pasukan utama Liverpool bulan ini tetapi kelab Merseyside berkenaan mengesahkan bahawa mereka secara rasmi telah menamatkan kontrak lima tahun berkenaan.

"Semua di Liverpool FC mengucapkan terima kasih kepada Marko atas sumbangannya dan mendoakan yang terbaik buat masa depan kariernya," tulis kelab itu dalam satu kenyataan.

Porto dilaporkan teah melengkapkan pembayaran awal bernilai €12.15 juta (RM60.62 juta) untuk mendapatkan Grujic, yang sebelum ini turut dilaporkan menarik minat Sporting CP dan kelab Itali, Sassuolo.


 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video