Marko Arnautovic sekali lagi menegaskan bahawa tumpuannya sepenuhnya terarah kepada Bologna selepas dia dikaitkan dengan perpindahan luar biasa ke Manchester United awal bulan ini.
Pemain antarabangsa Austria itu kembali ke kancah Eropah daripada saingan Liga Super China tahun lalu apabila meninggalkan Shanghai Port ntuk menyertai kelab Serie A berkenaan menjelang kempen 2021-22 menerusi perjanjian dua tahun.
Prestasi cemerlang musim lalu yang menyaksikan dia meledak 15 gol dalam 34 penampilan menarik perhatian The Red Devils yang kini diuruskan oleh bekas pengendalinya, Erik ten Hag.
Tetapi bidaan daripada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu disambut dingin apabila penyerang tersebut meluahkan keinginannya untuk kekal, sekali gus menuntut United agar membatalkan niat mereka.
Bercakap menjelang musim baru Serie A, Arnautovic berusaha meredakan spekulasi itu dengan melaungkan keinginannya untuk terus berbakti bersama Bologna selama setahun lagi.
"Pasaran perpindahan adalah pasaran perpindahan," katanya.
"Saya telah lama berada di dalam bidang ini dan saya tahu bahawa ketika pasaran perpindahan, sentiasa ada minat daripada pasukan lain tetapi saya tetap memberi tumpuan kepada Bologna."
Arnautovic mula dikaitkan kembali ke EPL berikutan kekalahan kepada Brighton & Hove Albion dalam perlawanan rasmi pertama Ten Hag sebagai pengurus, hujung minggu.