Skip to main content

Bola Sepak

Mario Melchiot beri amaran EPL bakal hilang aura

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

3228330021.jpg
Bekas bintang Chelsea, Mario Melchiot, telah memberi amaran bahawa Liga Perdana Inggeris (English Premier League) bakal menjadi liga satu pasukan yang akan 'menjejaskan' permainan bola sepak di England.

Manchester City benar-benar dominan dalam beberapa tahun kebelakangan ini di bawah kendalian Pep Guardiola, memenangi empat daripada lima gelaran liga teratas terakhir.

Selepas permulaan yang kukuh untuk 2022-23 mereka sekali lagi boleh muncul sebagai yang terbaik, dengan penyerang baharu, Erling Haaland menjaringkan 14 gol yang luar biasa daripada lapan perlawanan pertama City.

Mereka kini berada di tangga kedua, tetapi hanya satu mata di belakang pendahulu Arsenal dan tidak tewas setelah menang enam dan seri dua kali.

Liverpool menjadi satu-satunya pasukan yang menghalang City dalam beberapa musim kebelakangan ini -- memenangi kejuaraan 2019-20 -- tetapi mereka telah mengalami permulaan yang mengecewakan untuk kempen 2022-23.

Kali terakhir Chelsea menjulang trofi itu pada 2016-17, gelaran terakhir Manchester United ialah pada 2012-13 dan anda perlu kembali ke 2003-04 untuk kali terakhir Arsenal menjadi juara England.

Ditanya mengenai penguasaan City, Melchiot memberitahu ESPN, "Ia akan menjejaskan permainan. Mengapa saya datang ke England dan bermain di sana begitu lama?

"Ini kerana saya berasakan ada lebih banyak peluang untuk pasukan lain untuk memenangi liga.

"[Jika satu pasukan] menang secara berterusan, aura beraksi di pentas EPL mungkin akan hilang.

"Kami tidak boleh melihat City dan menjadikannya masalah untuk mereka… [Mereka] telah membawa masuk Erling Haaland dan pemain itu tidak boleh berhenti menjaringkan gol.

"Mungkin City akan terus mendominas tetapi saya tidak mahu EPL menjadi perlumbaan satu pasukan."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video