ATLETICO 0 VILLAREAL 2
Pertahanan Atletico Madrid, Mario Hermoso, terpaksa dihalang selepas bertelagah dengan penyokong sendiri berikutan kekalahan 0-2 kepada Villarreal di tempat sendiri, awal pagi tadi.
Sejurus wisel penamat di Civitas Metropolitano, Hermoso dirakam bertikam lidah dengan peminat sambil kakitangan kejurulatihan kelab cuba menahannya.
Hermoso diejek dari tempat duduk ekoran kekalahan LaLiga itu dan dia cuba melepasi cengkaman pegawai Atletico dalam usaha memanjat tempat duduk di tepi padang untuk berdepan individu yang mengejeknya.
Dia ditarik keluar oleh pihak keselamatan ketika bersemuka dengan 'ultras' Atletico.
Akhbar Sepanyol, Marca, melaporkan pemain itu terlepas balingan botol oleh penyokong sebelum pergaduhan tersebut berakhir.
Ketegangan mula memuncak menuju minit akhir permainan yang menyaksikan Gerard Moreno menyumbat gol kedua Villarreal sebelum meraikan jaringannya dengan menarik telinga dan menjelirkan lidahnya ke arah kamera di hadapan penyokong Atletico.
Ini dianggap sebagai satu penghinaan oleh beberapa penyokong Atletico tetapi selepas perlawanan itu, Moreno menjelaskan ia adalah isyarat yang ditujukan kepada anak-anaknya.
Moreno memberitahu DAZN: "Mereka telah tersalah anggap.
"Sesiapa yang mengenali saya tahu bahawa saya bukan bermaksud kurang ajar.
"Saya sentiasa meraikan jaringan sambil melihat kamera demi anak perempuan saya."

Mario Hermoso trying to confront the fans.
— Atletico Universe (@atletiuniverse) August 21, 2022
[? @ATMJoaquinEFC]
pic.twitter.com/FKRcHrgg5Q