Marin Pilj arkitek bahagian tengah Terengganu FC

Shaiful Shamsudin
April 7, 2024 18:53 MYT
Sebulan menuju sepak mula musim baru Liga Super 2024/2025, pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner, sudah mula melaungkan keyakinan skuad Peteh mampu memperbaiki kedudukan saingan liga selepas sekadar berada di tangga keenam musim lalu.
Antara faktor utama laungan keyakinan Steinbruckner itu, melihat prestasi dan kredibiliti yang dijelmakan barisan pemain import, khususnya jentera tengah kelahiran Croatia, Marin Pilj, yang dilihat sebagai pengganti sempurna berikutan penghijrahan kapten pasukan, Habib Haron.
Pilj memainkan peranan sebagai jeneral di jentera tengah, seiring dengan ideologi dan taktikal Steinbruckner dan jalinan persefahaman berpaksikan sentimen Crotia di antara jurulatih dan pemain itu menjelmakan kekuatan menyeluruh Terengganu musim ini.
Menyedari persaingan kompetitif di jentera tengah skuad Peteh, Pilj punya ramuan tersendiri untuk kekal relevan biarpun tidak berupaya menawarkan ancaman kekuatan fizikal, ekoran susuk tubuhnya yang kecil, berketinggian 1.65 meter.
"Saya memerlukan masa dan minit permainan untuk melihat lebih dekat situasi ini.
"Masalah ketinggian bukanlah masa untuk saya, saiz tidak penting.
"Bola sepak di Croatia melibatkan banyak fizikal. Sebelum ke mari, saya sudah bersedia jadi saya tidak memerlukan banyak perlawanan untuk mendapat rentak," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.
#liga super #Liga-M #DemiLigaKita #Spekulasi Perpindahan Liga Malaysia
;