Marcus Rashford terus tersisih jumpa The Gunners
Adli Aidy
Januari 12, 2025 13:29 MYT
Januari 12, 2025 13:29 MYT
Marcus Rashford tidak akan mengikuti rombongan Manchester United yang menuju ke gelanggang Arsenal hari ini, sekali gus memberi petanda penyerang itu akan terus dipinggirkan.
Pengurus Manchester United, Ruben Amorim, menyifatkan pemain kebangsaan England itu terlepas peluang untuk bersama skuad menentang Liverpool minggu lalu disebabkan oleh masalah kesihatan.
Namun, pemain berumur 27 tahun itu masih terlepas untuk menyertai skuad utama Manchester yang menuju ke London semalam.
Begitupun, Manchester United akan meletakkan barisan terkuat dan Amorim tidak mahu anak buahnya tergganggu dalam misi mencari kemenangan pertama selepas lima perlawanan.
Menjelang pertemuan itu, Amorim menjelaskan tentangan rombakan yang direncanakan: "Saya rasa kami sudah membuat pelbagai rombak dalam usaha memberi peluang kepada pemain. Anak buah saya sudah pulih daripada kecederaan dan sekarang kami akan kurangkan rombakan.
"Kami mempunyai masa untuk berlatih, saya harap barisan pemain lebih faham. Saya tidak membuat rombakan hanya kerana saya mahu bertindak seperti jurulatih yang lain."