Skip to main content

Bola Sepak

Marcus Rashford selangkah sertai Barcelona

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rash.jpg
Penyerang Manchester United, Marcus Rashford, dikhabarkan bakal menyertai Barcelona secara pinjaman dengan pilihan pembelian selepas tidak menjadi pilihan Ruben Amorim di Old Trafford.

Mengikut wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano, persetujuan secara lisan antara kedua-dua pihak telah dipersetujui dengan perjanjian itu akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Pemain berusia 27 tahun itu sebelum ini dipinjamkan ke Aston Villa pada pertengahan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.



 

Untuk rekod, dia telah menjaringkan lapan gol dalam semua kejohanan musim lalu dan bergelut untuk menyamai kemuncaknya prestasinya ketika musim 2022/23 -menjaringkan 30 gol dalam 56 penampilan, 17 gol dalam kempen EPL- buat United.

Advertisement

Must Watch Video