EPL
Marcus Rashford sasar menang trofi UCL bersama Aston Villa
Marcus Rashford meletakkan sasaran untuk memenangi trofi Liga Juara-Juara UEFA (UCL) bersama Aston Villa selepas menyertai kelab itu dari Manchester United secara pinjaman.
Villa menandatangani pemain berusia 27 tahun itu secara pinjaman hingga tamat musim 2024/25, dengan kelab itu turut mempunyai pilihan untuk mendapatkan pemain itu secara tetap selepas tempoh pinjamat tamat.
Rashford telah membuat 15 penampilan bersama United musim ini dalam kempen Liga Perdana Inggeris (UCL), sebelum digugurkan pada 15 Disember lalu.
Untuk rekod, dia telah menjaringkan lapan gol dalam semua kejohanan musim lalu dan bergelut untuk menyamai kemuncaknya prestasinya ketika musim 2022/23 -menjaringkan 30 gol dalam 56 penampilan, 17 gol dalam kempen EPL- buat United.
"Ini adalah waktu untuk bercita-cita untuk kelab dan peluang terbaik saya untuk sertai pasukan serta membantu mereka untuk terus maju kehadapan.
"Saya teruja, tidak sabar untuk sesi latihan pertama dan semestinya untuk perlawanan pertama saya.
"Apa yang dia (Unai Emery) lakukan di kelab sejak ketibaannya sangat sukar dipercayai.
"Cita-cita yang berterusan itulah yang menarik, dan itu puncanya anda akan mahu menyertai kelab seperti itu.
"Kami masih dalam saingan UCL, kami mahu mara sejauh yang kami boleh pergi. Jika anda tidak letakkan sasaran untuk menang, maka anda tidak akan menang." katanya kepada VillaTV.