EPL

Marcus Rashford patut rasa malu! -- Roy Keane

Saufi Tahir 31/01/2025 | 00:27 MYT
Bekas kapten Manchester United, Roy Keane, menjelaskan bahawa Marcus Rashford wajar berasa 'malu' dengan pengasingaN dirinya dan secara berterusan tidak beraksi bersama pasukan ketika ini.
Untuk rekod, penyerang England itu tidak beraksi sejak kemenangan 2-1 The Red Devils mengatasi Viktoria Plzen dalam kempen Liga Eropah (UEL) pada 12 Disember lalu.
Bercakap di dalam sebuah podcast Stick to Football, bekas penyerang berbisa United itu seakan tidak percaya dengan situasi yang berlaku itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya masih tidak faham, kerana pemain perlu berlatih dengan betul. Terutamanya jika anda berfikiran untuk berpindah.
"Apabila anda pergi ke kelab baru, apabila anda meninggalkan kelab sekurang-kurangnya anda perlu menunjukkan sikap yang baik. Dia wajar berasa malu." katanya.
Malah, Wayne Rooney turut mendedahkan bahawa Rashford kini telah berlatih bersendirian di Carrington.
"Saya pergi ke Carrington pada Ahad untuk membawa anak-anak saya menonton perlawanan dan Marcus Rashford berada di padang bersama jurulatih kecergasan.
"Saya memandangkan sambal berfikir betapa memalukan buat dirinya apabila ibu bapa yang berjalan melihatnya." tambahnya.
#Manchester United #Marcus Rashford #Roy Keane #EPL
;