Skip to main content

Bola Sepak

Marcus Rashford ledak gol pertama buat Barcelona

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rashy.jpg
Marcus Rashford membuka akaun jaringannya pertamanya bersama Barcelona dalam perlawanan terakhir Siri Jelajah Asia berdepan Daegu di Stadium Daegu, Korea Selatan, malam tadi.

Skuad kendalian Hansi Flick menamatkan perlawanan terakhir dalam sesi pramusim mereka dengan tiga kemenangan berturut-turut di Korea Selatan.

Lima jaringan bertemu pasukan kendalian Park Chang-hyun itu menyaksikan Gavi mencipta dua gol selain Robert Lewandowski, Toni Fernandez dan Rashford yang meledek satu jaringan bagi melengkapkan kemenangan 5-0.


 

Untuk rekod, pemain pinjaman daripada Manchester United itu menjaringkan lapan gol dalam semua kejohanan musim lalu dan bergelut untuk menyamai kemuncaknya prestasinya ketika musim 2022/23 -menjaringkan 30 gol dalam 56 penampilan, 17 gol dalam kempen EPL- buat United.

"Rashford boleh beraksi di nombor Sembilan dan sebelas, kami meletakkan dia kerana Ferran menghadapi masalah. Sangat bagus dia boleh beraksi di beberapa posisi." kata Hansi Flick.


 
 

Advertisement

Must Watch Video